Ahad, 13 Oktober 2013

Hadirnya Seorang Dalam Hidupku

Bismillahirrahmanirrahim....

“Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat: 49)

Hadirnya dia sangat memberi makna dalam hidupku, dia hadir membawa harapan bahwa aku mampu hidup bahagia seperti orang lain..dia pandai menjaga hatiku, dia seorang yang jujur, dia selalu mengambil berat tentangku.....dan aku berharap bahawa dia akan menjadi pendampingku, penemanku hengga akhir hayat  suatu hari nanti. 
"Alhamdulillahi Robbil 'alamin, wassolatu wassalamu'ala asyrofil anbia'i walmursalin, wa a;ala aalihi wasohbihi ajma'in, Allahumaghfirlana zunubana waliwaalidina, warhamhum kamaa robbayaani soghiiraa, Allahumma sakhirli zaujan solihah, yakhtibuni wayatazau wajubi wayakunu soohibanli fiddunya wal akhirah, Ya Allah ya tuhanku, pilihkan daku isteri yang solehah, dia meminangku dan mengahwiniku, dan jadikanlah dia sahabt di dunia dan di akhirat. Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara hubungan aku dan dia, serta eratkanlah kami sepertimana engkau telah hubungkan di antara air dan tanah, nabi Adam dan Hawa, nabi Ibrahim dan Siti Hajar, seperti nabi Yusuf dan Zulaikha, nabi Ayyub dan Rahmah, nabi Musa dan Safura, nabi Sulaiman dan puteri Balqis dan seperti Baginda S.A.W dan Khadijah...mudah-mudahan perkongsian hidup yang akan kami bina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada aku zuriat yang soleh dan solehah... Ya Allah...satukanlah aku dan dia dalam inayah dan barakahMU, semoga menjadi nur ibadah yang mendambakan rahmatMU dan Kashihmu...AMIN YA RABBAL 'ALAMIIN....."